Thursday, 26 April 2012
Novel...
Semenjak dua menjak ni, selalu tak buka blog... Sebab umi belanja beli novel... Best...! Cerita tu...! Dekat atas(gambar) itu lah novelnya...
Monday, 23 April 2012
Matematik...
Waktu masa matematik, muallimah cakap lah nombor kosong ... Lepas tu, ada seorang budak dekat kelas nyanyi lagu Najwa Latif- Kosong... >_<
Kawan Baik Selamanya...
Setiap hari kawan baik saya selalu cemburu kalau saya asyik berkepit dengan kawan saya yang lain...mana nak berkepit dengan dia...Dia asyik berkepit dengan orang lain ...... Marah betul sekarang ni... Lepas tu minta putus kawan baik... Rasanya sebab dia cemburu sangat ...
Misi Misteri...
Waktu nak balik sekolah, saya dan kawan-kawan saya selalu pergi dekat tempat rahsia... Lepas tu, adalah seorang kawan saya yang lain ternampak... Diaorang nak tahu sangat tentang apa benda kitaorang buat... Tapi takpe rahsia masih lagi tersimpan... >_<
Sunday, 22 April 2012
Kedai Runcit...
Tadi ,pergi singgah kedai runcit sekejap abah nak beli benda... Yeay...! Terjumpa kawan kat mengaji sambil abah belum datang lagi sembang lah kan ...Best sangat walaupun sekejap... >_<
Terima Kasih...
Terima kasih saya ucapkan kepada yang sudi membaca blog saya iaitu Duniaku Aisyah.... Sekali lagi saya ucapkan terima kasih... :)
Saturday, 21 April 2012
Tersilap...
Huh...Baru sekejap tadi buka blog terbuat kata laluan facebook(mukabuku)...Nasib baik ingat... Alhamdulillah... :)
Mengaji Pagi...
Setiap hari ahad ,saya kena pergi mengaji...Saya ,adik saya,sepupu-sepupu saya pun kena pergi.....Kitaorang rancang nak pergi kat kedai runcit yang bederkatan...Tapi malangnya, makngah saya yang ambik jadi cepatlah...Kalau tahu takdelah bawa duit banyak-banyak sangat...Rugi...Huhuhuhu... :'(
Aiskrim...
Hari ni, nak cerita lah sikit tentang aiskrim ni.....Kalau tak silap pukul 5:47 saya pergi beli benda lepas tu lapar.... Apalagi...?Makanlah..... Waktu nak balik belilah aiskrim spiro .... Lepas tu dekat dalam kereta mainlah aiskrim tu.....Terpelanting terus.... Nak tahu kat mana? Kat hujung seluar....>_<
Friday, 20 April 2012
Cinta...
"...Cinta kepada Allah kerana keta'atan,
Cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia,
Cinta kepada jihad dengan perjuangan,
Cinta kepada mahkluk dengan menta'ati Allah,
mencontohi rasul dalam berperibadi dan sentiasa hidup dengan perjuangan yang pastinya menagih pengorbanan..."
Cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia,
Cinta kepada jihad dengan perjuangan,
Cinta kepada mahkluk dengan menta'ati Allah,
mencontohi rasul dalam berperibadi dan sentiasa hidup dengan perjuangan yang pastinya menagih pengorbanan..."
Ibu...
Ibu,
Kaulah yang aku kasih,
Kaulah yang aku sayang.
Kaulah yang melahirkan aku,
mendidik aku.
Kau ibu yang sabar,
membesarkan aku,
memujuk aku jikalau ku menangis,
Dengan lembut hatimu.
Engkaulah ratu hatiku.
Kaulah yang aku kasih,
Kaulah yang aku sayang.
Kaulah yang melahirkan aku,
mendidik aku.
Kau ibu yang sabar,
membesarkan aku,
memujuk aku jikalau ku menangis,
Dengan lembut hatimu.
Engkaulah ratu hatiku.
Warna-warni...
Saya nak cakap sikit pasal warna ni...Antara warna-warna yang saya nak cakap antaranya warna :- Kuning , Merah , Biru , Hijau , Merah Jambu... Makna Kuning adalah Persahabatan... Makna Merah pulak Perjuangan ...Biru adalah Kepulauan...Hijau adalah Alam Sekitar... yang terakhir adalah Merah Jambu iaitu Kelembutan ... Banyak orang kata warna merah jambu atau warna pink adalah warna orang yang gedik ....Tak sebenarnya... Tak kisah lah warna apa pun tiada maksud seseorang tetapi sesuatu warna tu yang ada keterangan...
Inter Halaqah...
Hari Isnin yang lepas kalau tak silap, saya punya sekolah mengadakan pertandingan usrah (inter halaqah) ........ Saya massuk syarahan tetapi tak menang ....Sebab malu sangat.....Sampai tergagap-gagap.....Takpe lah dah nasib kan nak buat apa....Tetapi tahun depan ada lagi......Mesti tingkatkan kemajuan............................... Usahakan Tangga Kejayaan.... :)
Lamanya...
Lama betul tak bukak blog, sorry tau kepada peminat-peminat......Hehehe .....Perasan betul......Ok Lah...... Nice Day... (|_|)
(._.) ~Smile~
(._.) ~Smile~
Friday, 13 April 2012
Ubat...
Dalam beberapa minit yang lepas, umi saya suruh adik saya (Baby) makan ubat......Lepas tu, adik saya kata tak nak......Lepas tu, umi bagi adik saya makan ubat .......Dia pun menangis la.... Lepas tu, adik saya kata sedap2 ....Makanlah ubat tu....>_<
Ujibakat Nasyid
Ujibakat nasyid untuk banat lambat lagi.......Tapi kitaorang dah daftar nama.......Kenapa aulad punya cepat....?!
Thursday, 12 April 2012
Bowling...
Tadi Malam, Best pergi main bowling...Best sangat...Nak tahu bowling apa? Bowling mainan...>_<
Wednesday, 11 April 2012
Nasi Kandar
Hari ni, sehari saya makan nasi kandar.Kedai pertama,tak ada la pedas sangat.Kedua, fuh! Pedas sangat........Restoran kedua tu adalah Restoran Nasi Vanggey....Fuh,pedas!
Tuesday, 10 April 2012
Anak kucing
Pagi tadi,saya sekeluarga makan kat luar......Waktu tu adalah seekor anak kucing ni.......Kucing tu senang je duduk dekat bakul.......Lepas tu adik saya (Gambar) duduk lah join sekali.......Pergilah masuk dalam bakul tu.....Selepas itu, anak kucing tu pun larilah.....Adik saya tu duduklah macam dia pulak anak kucing tu......Hehehehe.....
Sang Pelangi
Begitu indah saat ku lihat pelangi.
Aku ingin seperti pelangi.
Meskipun berbeza-beza warna.
Mereka begitu indah bila bersama.
Mereka saling melengkapi warna.
Mungkin bila mereka tidak bersama.
Mereka tak seindah saat ini.
Kebersamaanlah yang membuat mereka indah.
Perdamaian membuat semua tampak indah.
Tampak indah seperti sang pelangi.
Dan keindahan itu menciptakan perdamaian.
Seperti pelangi yang selalu tampak indah.
Nasyid...
Di perkhemahan ,muallim dan muallimah membuat persembahan nasyid. Muallim menyuruh kami membuat kumpulan mengikut usrah .Kami memenangi pertandingan nasyid tersebut dengan lagu yang diciptakan oleh ketua kumpulan kami iaitu Siti Khodijah Binti Hamid dan dibantu oleh fashion designer kami iaitu saya sebagai penolong kumpulan . Pada hari mengumumkan pemenang kami diarahkan oleh muallim supaya menasyidkan nasyid tersebut sekali lagi. Alhamdulillah, tidak dapat disangkakan kami ialah pemenang atau juara tersebut.
Keyakinan diri perlu ada di dalam diri...
Dalam beberapa minggu yang lalu,saya dan kawan-kawan saya pergi perkhemahan TKRS yang diadakan oleh sekolah kepada darjah 5.....Pada malam pertama,muallim menyuruh kami semua untuk membawa tuala masing-masing dan terus menutup mata untuk pergi ke hutan mengikiut kumpulan usrah.Saya adalah orang yang pertama menangis dan juga orang yang pertama menangis paling lama .Dalam beberapa minit selepas itu, hujan turun dan muallim menyuruh kami masuk ke dewan .Dalam beberapa minit juga, hujan pula berhenti. Program itu diteruskan semula, saya menangis tidak mahu pergi. Selepas dalam berpuluh-puluh minit saya terpaksa pergi dengan sebab-sebab yang terlalu panjang. Saya hanya berserah kepada Allah .Lalu pergi, rupa-rupanya kami hanya perlu duduk di madrasah. Muallim hanyalah ingin melihat pada siapakah kita berserah apabila dalam kesusahan dan adakah juga kita yakin .Alhamdulillah,saya gembira apabila mendengar nasihat yang diberi oleh muallim.
Blog Banyak...
Sebenarnya,saya ada 3 blog .Tetapi blog yang lain tak ingat password. Kepada sesiapa yang membuka blog ini. Janganlah mengikut perangai pelupa saya ini...Huhuhuhu.....Menyesal.....
Monday, 9 April 2012
Mekap Artis...
Dekat sekolah waktu balik,terfikir nak main mekap artis sambil tu kena kan orang......Ambik colour lepastu celup dalam air terus mekap.....Dan hasilnya adalah .......Hahahahaha.....Muka macam rasaksa hijau.....
Black Out...?!
Teringat pulak dekat tempat mengaji, blackout...!!!Sudahlah duduk belakang sorang-sorang pulak tu...Kalau anda ada dalam situasi macam tu .Apakah yang akan anda lakukan ...?
Blog Baru
Assalamualaikum, Dapat Juga Saya Buat Blog. Selamat Berkenalan kepada Sesiapa Sahaja Yang Membuka Blog Ini..... Love Aisyah
Subscribe to:
Posts (Atom)