Tuesday, 10 April 2012
Keyakinan diri perlu ada di dalam diri...
Dalam beberapa minggu yang lalu,saya dan kawan-kawan saya pergi perkhemahan TKRS yang diadakan oleh sekolah kepada darjah 5.....Pada malam pertama,muallim menyuruh kami semua untuk membawa tuala masing-masing dan terus menutup mata untuk pergi ke hutan mengikiut kumpulan usrah.Saya adalah orang yang pertama menangis dan juga orang yang pertama menangis paling lama .Dalam beberapa minit selepas itu, hujan turun dan muallim menyuruh kami masuk ke dewan .Dalam beberapa minit juga, hujan pula berhenti. Program itu diteruskan semula, saya menangis tidak mahu pergi. Selepas dalam berpuluh-puluh minit saya terpaksa pergi dengan sebab-sebab yang terlalu panjang. Saya hanya berserah kepada Allah .Lalu pergi, rupa-rupanya kami hanya perlu duduk di madrasah. Muallim hanyalah ingin melihat pada siapakah kita berserah apabila dalam kesusahan dan adakah juga kita yakin .Alhamdulillah,saya gembira apabila mendengar nasihat yang diberi oleh muallim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment